COMING UP EVENT

COMING UP EVENT

Saturday, October 17, 2015

Chesterfield Sofa...... bukan masalah ruang tamu...!!

Ruang tamu adalah salah satu ruang terpenting dalam mana-mana rumah kediaman. Ianya bukan sahaja berfungsi sebagai 'penyambut tetamu' selepas menjejak kaki masuk ke dalam kediaman, tetapi inilah ruang sebagai tempat keluarga berkumpul dan seterusnya kekal mengeratkan hubungan dalam sesebuah keluarga. 



Namun begitu, ramai yang memandang enteng dan remeh tentang cara penyusunan sesebuah ruang tamu khususnya pada bahagian sofa. Interaksi yang berkesan adalah apabila ruang tamu itu hadir dalam susunan perabot khususnya sofa yang dapat memberikan keselesaan dan kedudukan yang sempurna untuk sesebuah perbualan. 

Sering kali kami diajukan oleh pelanggan tentang kegusaran mereka dalam membuat susun atur Chesterfield Sofa. Kebanyakkan pelanggan merasakan ruang tamu mereka akan kelihatan kecil dan sempit dek kerana design dan saiz Chesterfield Sofa.  

Di Chesterfield Ara Damansara, kami mempunyai lebih kurang 30 design Chesterfield Sofa untuk dipilih oleh pelanggan pelanggan kami. Dan tidak semestinya pelanggan kami mesti membeli set sofa 3+2+1 seperti kebanyakan kedai perabot kerana di Chesterfield Ara Damansara, kami merupakan pengilang sofa kami sendiri. Maka para pelanggan boleh memilih kombinasi sofa samada membeli mengikut set atau pun satu unit 3 seater sofa sudah memadai terutama bagi ruang tamu yg agak kecil. 

Di sini kami ingin kongsikan beberapa gambar ruang tamu yang hanya mempunyai satu 3 seater Chesterfield sofa tetapi sudah cukup memberikan kelainan dan exclusivity kepada tata hiasan dalaman rumah tersebut.