PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com

PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com
We have a new website. Please click to this image and it will direct you to our website.

Saturday, August 6, 2016

1 RAHSIA BESAR KENAPA SOFA TAHAN LAMA.

Ada banyak faktor menentukan kualiti sofa yang baik. Kebiasaannya pelanggan mudah tertarik dan membuat keputusan untuk membeli sesebuah sofa untuk ruang tamu rumah mereka berdasarkan kepada rupabentuk, konsep, warna, saiz dan harga. Maklumlah, Love At The First Sight orang kata..... apa yang kelihatan cantik dimata, itu lah yang tersangkut di hati. Namun, banyak sofa yang cantik tetapi mahal pulalah harganya. Akhirnya, kita terpaksa akur dengan membeli sofa yang murah dan kelihatan cantik.

Kerangka Sofa Chesterfield
Sofa yang murah dan cantik memamg padan di ruang tamu. Apatah lagi ruang tamu rumah baru. Namun, tak semestinya sofa yang cantik dan murah tahan lama dan boleh beri keselesaan sempurna. Apa yang kita lihat dimata tak semuanya rasa selesa dan empuk kerana mata hanya melihat dari segi luaran sesebuah sofa sahaja. Akhirnya sofa yang baru di beli tak sampai setahun dua, sudah mula tenggelam, lebih kusyennya malah mudah terhentak ke tulang kayu bila diduduki.Sakitnya, hanya Tuhan saja yang tahu. Bayangkan kalau tetamu bertandang ke rumah kita dan duduk di atas sofa sebegitu rupa.

Sofa yang dulu dibeli kelihatan cantik menjadi tenggelam dan lembik hanya setahun di beli.
Satu RAHSIA keselesaan sofa, ketahanan dan kekenyalan kusyen duduk adalah MATERIAL yang digunakan. Kebanyakkan sofa yang murah menggunakan bahan yang murah juga bagi memastikan kos dan harga jualan mudah menarik pelanggan.

Spring sofa di pasang pada base atau bahagian tempat duduk di frame kayu sofa untuk menyokong kusyen tempat duduk.
Material sofa yang baik untuk keselesaan, ketahanan dan keempukkan sofa bila diduduki ialah SPRING SOFA. Spring Sofa diperbuat dari jenis besi supaya ianya tahan lama, mampu menampung berat orang yang diduduki, tahan lasak, tidak mudah melentur atau kehilangan elastiknya. Penggunaan spring sofa adalah sangat penting bagi memastikan kualiti sofa dan juga rupa bentuk sofa.

Berbanding spring sofa, strap elastik banyak digunakan pada sofa. Ianya lebih murah dan mudah di pasang. Namun, kualiti strap elastik tidak tahan lama selama spring sofa. Strap elastik ada pelbagai jenis kualiti, semakin murah semakin kuranglah elastiknya. Ada juga pembuat sofa yang menggurangkan kuantiti elastik strap pada frame sofa bagi menjimatkan kos sehingga menjejaskan kualiti sofa.

Strap elastik yg telah kehilangan kekenyalan dan keanjalan untuk menampung kusyen dan beban


Kesemua sofa di ROYALE CHESTERFIELD menggunakan spring sofa bagi memastikan sofa kami tinggi kualitinya, tahan lama dan tahan lasak, empuk diduduki walaupun pada masa yang lama serta tidak tenggelam.

Hubungi kami di ROYALE CHESTERFIELD dan lawatilah galleri kami di Ara Damansara untuk melihat dan merasai sendiri kualiti sofa kami.
Kami tunggu anda datang.
ROYALE CHESTERFIELD
0123400855