PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com

PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com
We have a new website. Please click to this image and it will direct you to our website.

Friday, February 3, 2017

5 TIPS MENGENALI CIRI CIRI SOFA CHESTERFIELD BERKUALITI


Sofa CHESTERFIELD merupakan antara sofa yang terkenal kerana sejarahnya yang lama, rekabentuk yang sangat elegant dan gayanya yang tersendiri. Kerana itu, tidak hairanlah sofa CHESTERFIELD sangat diminati dan menjadi idaman setiap keluarga untuk ia berada di ruang tamu kediaman rumah mereka.


Sofa CHESTERFIELD telah mula diperkenalkan sejak kurun ke 18 lagi oleh Philip Stanhope, Earl of Chesterfield. Philip Stanhope ialah seorang bangsawan yang memperkenalkan sofa CHESTERFIELD terutama di kalangan kerabat diraja dan bangsawan British. Kerana itu, walaupun rekabentuk sofa CHESTERFIELD sudah lama namun ianya tidak lekang dek zaman dan sehingga kehari ini sentiasa mendapat tempat di hati peminat peminatnya kerana statusnya yang sentiasa melambangkan kemewahan, klasik dan elegant.

Hari ini terdapat banyak sofa CHESTERFIELD yang di jual di pasaran. Namun, bukan semua sofa CHESTERFIELD yang berada di pasaran di buat dengan kaedah tradisi pembuatan sofa CHESTERFIELD sehingga menyebabkan sofa tersebut kehilangan identiti dan keistimewaannya. 

Berikut adalah 5 TIPS MENGENALI CIRI-CIRI SOFA CHESTERFIELD BERKUALITI:

1. JAHITAN BUTANG
Sofa CHESTERFIELD yang baik bukan sahaja mempunyai butang butang sebagai karekter utamanya TETAPI, butang butang pada sofa CHESTERFIELD di jahit dengan kemas dan dalam sehingga tali butang di ikat kemas pada kerangka kayu sofa.



Sofa-sofa buatan ROYALE CHESTERFIELD dibuat dengan menggunakan kaedah tradisional. Ia bukan sahaja untuk mengekalkan keaslian buatannya tetapi juga untuk memastikan kekemasan dan effect  pengelipatan material pada butang yang terdapat di sofa CHESTERFIELD kelihatan lebih kemas dan teliti.

2. STRUKTUR REKABENTUK
Ciri kedua sofa CHESTERFIELD berkualiti tinggi ialah sturuktur rekabentuknya yang mempunyai ketinggian yang sama di tempat letak tangan dan dibahagian sandar.

Sofa CHESTERFIELD buatan ROYALE CHESTERFIELD bukan sahaja mempunyai ketinggian yang sama menuruti rekabentuk asli, tetapi juga mempunyai kedudukan butang butangnya yang seragam dan teratur. Tidak lebih atau pun tidak kurang bagi memastikan sofa CHESTERFIELD kelihatan begitu elegan dan teliti di dalam pembuatannya setanding dengan statusnya sebagai sofa yang melambangkan kemewahan dan elegant.

3. REKABENTUK LETAK TANGAN TRADISIONAL
Ciri yang sangat ketara pada sofa CHESTERFIELD ialah pada tempat letak tangannya. Reka bentuk tempat letak tanggan sofa CHESTERFIELD lah yang membezakan antara satu rekabentuk dengan rekabentuk yang lain.


Di ROYALE CHESTERFIELD, semua rekabentuk tempat letak tangan sofa CHESTERFIELD samada yang bergulung atau rata, dihasilkan dengan penuh teliti dan kemas bagi memastikan ianya sentiasa mengekalkan keaslian rekabentuk sofa CHESTERFIELD. Kekemasan ini menghasilkan rekabentuk yang lembut tetapi rapi pada semua sofa buatan ROYALE CHESTERFIELD.

4. PILIHAN MATERIAL
Sofa CHESTERFIELD yang berkualiti tinggi mestilah dihasilkan dari material yang baik supaya ianya lebih tahan lama, tidak mudah terbenam, sentiasa kelihatan kemas dan kukuh untuk jangkamasa yang lama.



Kerana itu di ROYALE CHESTERFIELD, semua sofa dihasilkan dari pilihan kayu solid yang terbaik, tidak bersambung (finger joining) dan tidak reput sehingga bertahun lamanya supaya sofa akan kekal lama. Kusyen sofa ROYALE CHESTERFIELD bukan sahaja diperbuat dari pelbagai lapisan High Densiti Foam tetapi juga dilengkapi dengan spring spring kenyal untuk memastikan kusyen tidak mudah penyek, tidak terbenam dan mampu mengekalkan rekabentuknya.

5. SAIZ SOFA
Saiz sofa CHESTERFIELD asli ialah tidak besar dan tidak juga terlalu kecil. Rekabentuknya yang rendah bukan sahaja sesuai untuk semua jenis ruang tamu tetapi mampu menonjokkan keperibadian pasa si penduduk sofa tersebut.

ROYALE CHESTERFIELD mempunyai lebih 50 design atau rekabentuk sofa sebagai pilihan. kesemua rekabentuk sofa ROYALE CHESTERFIELD bukan dicipta dalam masa sehari tetapi sepanjang lebih 15 tahun penubuhannya. sofa ROYALE CHESTERFIELD telah dipasarkan dan dieksport ke lebih 40 buah negara di seluruh dunia termasuk United Kingdom, US, Canada, Jepun, Australia, China dan sudah tentulah saiz, rekabentuk dan materialnya mesti menepati piawaian dan standard pengguna di negara negara tersebut.


5 TIPS MENGENALI CIRI-CIRI SOFA CHESTERFIELD BERKUALITI  yang dijelaskan di atas tadi sudah pasti memenuhi standard asas sofa CHESTERFIELD berkualiti tinggi. Kepada para bakal pemilik sofa CHESTERFIELD, pilihlah sofa CHESTERFIELD yg terbaik dan bukan sekadar sofa yang kelihatan cantik dan murah kerana ianya bukan sahaja mencantikkan ruang tamu rumah anda tetapi juga melambangkan keperibadian diri anda sebagai pemiliknya,

GOOD THINGS AIN'T CHEAP - CHEAP THINGS AIN'T GOOD.