Semacam menjadi trend kini apabila kita ke kedai perabut untuk membeli sofa, kita sering diberitahu oleh penjual perabut dengan mengatakan “fully leather” pada sesebuah sofa kulit. Ramai pula yang beranggapan atau berfahaman bahawa terma “fully leather” bermaksud sofa tersebut di perbuat menggunakan kulit asli.
Salah.
Kenapa salah? Fully Leather bermaksud, kesemua
bahagian sofa tersebut dibaluti dengan kulit. Manakala half leather bermaksud
bahagian tepi dan belakang sofa menggunakan bahan PU atau Kulit Synthetic. Namun,
ia belum menjelaskan bahawa sofa tersebut menggunakan samada kulit asli atau
tiruan.
Kulit mempunyai banyak jenis, gred, nama dan
karekternya. Ada kulit asli atau Genuine Leather, Aneline Leather, Casa Leather,
Bonded Leather, Synthetic Leather dan sebagainya. Namun di Malaysia, hampir
semua jenis kulit samada kulit asli atau kulit tiruan disebut Fully Leather.
Untuk mengenalpasti kulit asli berbanding tiruan, disini
kami ingin kongsikan 7 TIPS PERBEZAAN KULIT ASLI (GENUINE LEATHER) vs KULIT
TIRUAN sebagai panduan sebelum anda membeli sofa kulit.
1. KETAHANAN KULIT
Kulit asli lebih cenderung tahan lebih lama berbanding kulit tiruan. Ini kerana kulit asli di hasilkan secara semulajadi oleh haiwan yg diternak seperti lembu, kerbau, dan kambing manakala kulit tiruan adalah terhasil dari bahan campuran getah, kimia dan pewarna.
Kulit asli lebih cenderung tahan lebih lama berbanding kulit tiruan. Ini kerana kulit asli di hasilkan secara semulajadi oleh haiwan yg diternak seperti lembu, kerbau, dan kambing manakala kulit tiruan adalah terhasil dari bahan campuran getah, kimia dan pewarna.
2. KETAHANAN API
Permukaan atas
kulit asli (bahagian atas yg ada pori2nya) adalah bahan semulajadi sangat sukar
untuk terbakar. Sebagai ujikaji untuk pembuktian kulit
asli, ambil sample kulit dan cuba bakar kulit tersebut. Kulit asli tidak mudah
terbakar. Berbanding kulit tiruan, bahan ini sangat mudah terbakar dan apabila
dibakar, ia akan mengeluarkan bau seakan akan getah yang terbakar.
3. TEXTURE KULIT
Kulit asli mempunyai texture yang TIDAK
SERAGAM. Sama seperti kulit manusia, kulit haiwan terhasil secara semulajadi
dan tidak sama pada semua bahagian. Sesetengah bahagian kulit asli adalah lebih
gelap atau terang berbanding bahagian yang lain. Begitu juga kelembutan kulit sebagai
contoh, kulit bahagian perut haiwan adalah lebih lembut dari bahagian belakang
yg sering terdedah kepada pancaran matahari. Inilah kelebihan kulit asli dan
ketidakseragamannya itulah juga keunikkan kulit asli.Kulit tiruan pula
mempunyai texture yang seragam, licin dan sekata pada semua bahagian kerana
ianya dihasilkan melalui teknologi mesin dan percampuran bahan kimia.
4. KEREKTER KULIT
Karekter kulit asli lebih menyerlah
terutama di bahagian bawah permukaan kulit. Kalau membeli bahan dari kulit
asli, periksa bahagian bawah kulit itu ada semacam bulu2 halus, berbeda dengan
kulit tiruan. Kebanyakkan sample kulit asli tidak ditampal pada katalog
berbanding kulit tiruan kerana ini untuk membolehkan pembeli membezakan
karekter kulit asli dengan kulit tiruan.
5. KESELESAAN PEMAKAI
Kulit asli lebih selesa digunakan terutama
pada sofa kerana ia mampu menyerap haba badan dan membolehkan seseorang duduk
lebih lama berbanding kulit tiruan. Kulit tiruan tidak mampu menyerap haba
badan sehingga menyebabkan seseorang akan merasa panas, tidak selesa, melekit
dan rasa berlengas apabila duduk lama di sofa yang diperbuat dari kulit tiruan.
6. BAU KULIT
Kulit asli yang belum bercampur dengan
warna, jika dicium dari dekat sering mempunyai bau kulit berbanding kulit
tiruan. Manakala kulit tiruan sering menghasilkan bau kimia atau seakan bau cat
kerana bahan bahan kimia ini tidak dapat menyerap ke dalam bahan kulit tiruan.
Lebin teruk lagi, kulit tiruan kadang kadang boleh menghasilkan bau dari bahan
getah.
7. HARGA
Sebagaimana
sedia maklum, harga kulit asli lebih mahal dari harga kulit tiruan. Ini kerana
kualitinya yang sangat jauh lebih baik dari kulit tiruan. Ketahanan kulit asli
yang lebih lama serta permukaan kulit yang lebih lembut dengan teksturenya yang
sangat cantic berbanding kulit tiruan. Kulit asli mudah menyerap haba badan
manusia berbanding kulit tiruan yang panas. Selain itu juga, kulit asli
terhasil secara semulajadi dan perlu menunggu masa yang lama untuk dihasilkan
dari seseekor haiwan berbanding kulit tiruan yang mudah di hasilkan dari bahan
campuran kimia.
Kesemua
sofa-sofa Chesterfield yang dihasilkan oleh ROYALE CHESTERFIELD menggunakan
kulit asli bagi menjamin mutu kualitinya yang lebih tahan lama. Selain itu juga
sofa-sofa ROYALE CHESTERFIELD mematuhi standard kualiti, ketahanan dan
keselamatan perabut seperti yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah kerana
sofa-sofa ROYALE CHESTERFIELD banyak dieksport dan dipasarkan di negara eropah
semenjak 15 tahun yang lalu.
Bagi
mendapatkan kepuasan terjamin, milikilah sofa-sofa Chesterfield yang dihasilkan
oleh ROYALE CHESTERFIELD kerana ianya bukan sahaja "alah membeli menang memakai" tetapi juga mampu memberikan kelainan, ekslusif dan anggun kepada ruang tamu rumah anda berbanding ruang
tamu rumah rumah yang lain.
Lawati
galleri kami di Ara Damansara sekarang atau hubungi kami di nombor yang tertera
di bawah.
ROYALE
CHESTERFIELD
F-G-43, BLOK
F, JALAN PJU1A/3
TAIPAN 2 ARA
DAMANSARA
47301
PETALING JAYA.
TEL :
0123400855