PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com

PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com
We have a new website. Please click to this image and it will direct you to our website.

Monday, April 20, 2015

6 Tips Penjagaan Sofa Kulit





Sofa dan kerusi kulit sememangnya mempunyai sentuhan elegan dan menarik untuk tata hiasan rumah. Untuk menjaga dan menyelenggara sofa kulit ini sememangnya bukan mudah seperti menggunakan kain basah tetapi ianya mempunyai teknik tertentu supaya sofa kulit kelihatan lebih cantik dan mengekalkan mutu kulitnya.

Penyelenggaraan sofa kulit dengan cara yang kasar atau sambil lewa boleh merosakkan kualiti sofa dan kulit. Walaupun kulit diketahui mempunyai daya ketahanan yang lasak, tidak bermakna kita boleh menambil sikap sambil lewa untuk menjaganya. 


Tambahan pula dengan harganya yang sedikit mahal berbanding sofa fabrik ataupun kulit tiruan (PU), seeloknya sofa kulit dijaga dengan penuh cermat bagi mengekalkan gaya dan kualitinya pada tahap yang terbaik.

Kerja-kerja penjagaan sofa kulit boleh dilakukan dengan mudah tetapi efektif sama ada dengan menggunakan bahan asli atau produk penjagaan kulit sepertimana yang disyorkan  oleh pengeluar.

Kami sering menerima pertanyaan tentang berapa kerap sofa kulit harus dibersihkan atau diselenggara? Saranan kami adalah sekerap 3 bulan sekali atau paling lama 2 kali setahun.

Langkah 1.
Gunakan vacuum dan berus lembut bagi membersihkan habuk dan sampah kecil pada sofa. Sewaktu pembersihan, halakan muncung penyedut di tempat-tempat yang sempit atau di celah-celah butang sofa bagi memastikan segala sampah yang terselit dapat dikeluarkan dan dibersihkan. Sampah sampah kecil terutamanya dari sisa makanan perlu dibersihkan bagi memastikan kulat atau fungus tidak merebak kepada permukaan kulit.


Langkah 2.
Sediakan bahan untuk pembersihan iaitu air dan beberapa titisan cuka (white vinegar) ke dalam bekas. Sekiranya Puan mempunyai bahan pembersihan kulit yang dibeli dari pasaraya, mencampurkan bahan tersebut dengan air bagi menggantikan dengan bahan cuka.
Langkah 3
Rendamkan kain lembut (sebaiknya kain micro fiber) ke dalam bahan cucian sepenuhnya. Setelah itu, perahkan kain tersebut sehingga tiada titisan air. Kain mestilah lembab dan bukan basah sebelum kita mula membersihkan sofa.
Langkah 4
Sapukan kain lembab tadi ke keseluruhan sofa dan permukaan kulit. Pasangkan kipas bagi membantu pengeringan permukaan yang lembab dengan lebih cepat. Sebaiknya, mulakan kerja pembersihan dan lap dari permukaan atas dahulu.

Langkah 5
Keringkan sofa dengan tuala atau kain lembut yg bersih. Elakkan pengunaan alat pengering seperti pengering rambut kerana udara yang panas boleh menyebabkan kulit kering, mengeras dan merekah. Untuk membantu kulit sofa sentiasa lembut, gunakan bahan pelembut komersil (leather conditioner) atau campurkan satu bahagian cuka dan dua bahagian minyak bijirin sebelum sapu kepada permukaan kulit sofa dengan menggunakan kain lembut. 


Biarkan semalaman.
Keesokan harinyalapkan permukaan sofa kulit dengan kain lembut bagi mendapatkan hasil yang kilat