Pilihan berlaku apabila ada lebih dari satu sumber. Sumber mungkin boleh datang dari pelbagai aspek contohnya warna, material, bentuk atau design, saiz dan juga harga. Semakin banyak sumber, kadangkala membuatkan seseorang sukar membuat pilihan. Ada yang kelabu mata, ada yang berkira-kira, ada yang bertanyakan apa yang tiada. Akhirnya, pilihan tinggal pilihan semata-mata, keputusannya tiada. Maka pulanglah dengan tangan kosong.
Membuat PILIHAN atau keputusan menjadi semakin mudah apabila seseorang mempunyai pengetahuan yang sufficient. Seringkali kami didatangi pelanggan yang berkehendakkan membeli sofa untuk rumah mereka. Ada yang datang untuk melihat lihat (market survey) ada juga yang sememangnya sudah di peringkat akhir membuat keputusan. Ramai juga yang pulang dengan tangan kosong akibat tidak mampu membuat pilihan.
Tips membuat pilihan ketika membeli sofa
1. Rancang budget perbelanjaan anda.
Ketahuilah, bahawa semakin tinggi mutu material, hasil kerja dan after sales service sesuatu produk itu antara faktor penyumbang utama harga sesuatu produk. Good things is Not Cheap, Cheap things is Not Good.
2. Kegunaan Sofa
Sering kali pengguna isi rumah membeli sofa atas alasan "setiap ruang tamu perlu ada sofa. kalau tidak tetamu nak duduk mana...?" Kerana alasan ini, maka belilah mereka sofa yang murah serta kurang tahan materialnya kerana tujuan untuk memenuhi ruang. 3 tahun kemudian, sofa sudah tidak sedap duduk akibat sarung yang lusuh, atau keras atau merekah (terutama bagi material tiruan). Lepas 3 tahun, beli lagi sofa.... hutang sambung lagi.
3. Alah Membeli Memang Memakai
Pepatah ini bukan baru, memang ada benarnya. Belilah sofa yang tahan lama, yang selesa dan juga yang cantik. Bukan untuk tetamu yang cuma singgah barang sejam dua, tetapi untuk kita duduk dengan selesa di rumah kita sendiri. Mahal sikit pada awalnya, tapi jangka panjang dapat pulangan.
Buatlah PILIHAN yang bijak.