PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com

PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com
We have a new website. Please click to this image and it will direct you to our website.

Saturday, February 27, 2016

7 TIPS MEMBEZAKAN KULIT ASLI (GENUINE LEATHER) vs KULIT TIRUAN


Semacam menjadi trend kini apabila kita ke kedai perabut untuk membeli sofa, kita sering diberitahu oleh penjual perabut dengan mengatakan “fully leather” pada sesebuah sofa kulit. Ramai pula yang beranggapan atau berfahaman bahawa terma “fully leather” bermaksud sofa tersebut di perbuat menggunakan kulit asli.

Salah.

Kenapa salah? Fully Leather bermaksud, kesemua bahagian sofa tersebut dibaluti dengan kulit. Manakala half leather bermaksud bahagian tepi dan belakang sofa menggunakan bahan PU atau Kulit Synthetic. Namun, ia belum menjelaskan bahawa sofa tersebut menggunakan samada kulit asli atau tiruan.

Kulit mempunyai banyak jenis, gred, nama dan karekternya. Ada kulit asli atau Genuine Leather, Aneline Leather, Casa Leather, Bonded Leather, Synthetic Leather dan sebagainya. Namun di Malaysia, hampir semua jenis kulit samada kulit asli atau kulit tiruan disebut Fully Leather.

Untuk mengenalpasti kulit asli berbanding tiruan, disini kami ingin kongsikan 7 TIPS PERBEZAAN KULIT ASLI (GENUINE LEATHER) vs KULIT TIRUAN sebagai panduan sebelum anda membeli sofa kulit.

1. KETAHANAN KULIT
Kulit asli lebih cenderung tahan lebih lama berbanding kulit tiruan. Ini kerana kulit asli di hasilkan secara semulajadi oleh haiwan yg diternak seperti lembu, kerbau, dan kambing manakala kulit tiruan adalah terhasil dari bahan campuran getah, kimia dan pewarna.



2. KETAHANAN API
Permukaan atas kulit asli (bahagian atas yg ada pori2nya) adalah bahan semulajadi sangat sukar untuk terbakar. Sebagai ujikaji untuk pembuktian kulit asli, ambil sample kulit dan cuba bakar kulit tersebut. Kulit asli tidak mudah terbakar. Berbanding kulit tiruan, bahan ini sangat mudah terbakar dan apabila dibakar, ia akan mengeluarkan bau seakan akan getah yang terbakar.

3. TEXTURE KULIT
Kulit asli mempunyai texture yang TIDAK SERAGAM. Sama seperti kulit manusia, kulit haiwan terhasil secara semulajadi dan tidak sama pada semua bahagian. Sesetengah bahagian kulit asli adalah lebih gelap atau terang berbanding bahagian yang lain. Begitu juga kelembutan kulit sebagai contoh, kulit bahagian perut haiwan adalah lebih lembut dari bahagian belakang yg sering terdedah kepada pancaran matahari. Inilah kelebihan kulit asli dan ketidakseragamannya itulah juga keunikkan kulit asli.Kulit tiruan pula mempunyai texture yang seragam, licin dan sekata pada semua bahagian kerana ianya dihasilkan melalui teknologi mesin dan percampuran bahan kimia.

4. KEREKTER KULIT
Karekter kulit asli lebih menyerlah terutama di bahagian bawah permukaan kulit. Kalau membeli bahan dari kulit asli, periksa bahagian bawah kulit itu ada semacam bulu2 halus, berbeda dengan kulit tiruan. Kebanyakkan sample kulit asli tidak ditampal pada katalog berbanding kulit tiruan kerana ini untuk membolehkan pembeli membezakan karekter kulit asli dengan kulit tiruan.



5. KESELESAAN PEMAKAI
Kulit asli lebih selesa digunakan terutama pada sofa kerana ia mampu menyerap haba badan dan membolehkan seseorang duduk lebih lama berbanding kulit tiruan. Kulit tiruan tidak mampu menyerap haba badan sehingga menyebabkan seseorang akan merasa panas, tidak selesa, melekit dan rasa berlengas apabila duduk lama di sofa yang diperbuat dari kulit tiruan.

6. BAU KULIT
Kulit asli yang belum bercampur dengan warna, jika dicium dari dekat sering mempunyai bau kulit berbanding kulit tiruan. Manakala kulit tiruan sering menghasilkan bau kimia atau seakan bau cat kerana bahan bahan kimia ini tidak dapat menyerap ke dalam bahan kulit tiruan. Lebin teruk lagi, kulit tiruan kadang kadang boleh menghasilkan bau dari bahan getah.

7. HARGA
Sebagaimana sedia maklum, harga kulit asli lebih mahal dari harga kulit tiruan. Ini kerana kualitinya yang sangat jauh lebih baik dari kulit tiruan. Ketahanan kulit asli yang lebih lama serta permukaan kulit yang lebih lembut dengan teksturenya yang sangat cantic berbanding kulit tiruan. Kulit asli mudah menyerap haba badan manusia berbanding kulit tiruan yang panas. Selain itu juga, kulit asli terhasil secara semulajadi dan perlu menunggu masa yang lama untuk dihasilkan dari seseekor haiwan berbanding kulit tiruan yang mudah di hasilkan dari bahan campuran kimia.



Kesemua sofa-sofa Chesterfield yang dihasilkan oleh ROYALE CHESTERFIELD menggunakan kulit asli bagi menjamin mutu kualitinya yang lebih tahan lama. Selain itu juga sofa-sofa ROYALE CHESTERFIELD mematuhi standard kualiti, ketahanan dan keselamatan perabut seperti yang telah ditetapkan oleh Kesatuan Eropah kerana sofa-sofa ROYALE CHESTERFIELD banyak dieksport dan dipasarkan di negara eropah semenjak 15 tahun yang lalu.

Bagi mendapatkan kepuasan terjamin, milikilah sofa-sofa Chesterfield yang dihasilkan oleh ROYALE CHESTERFIELD kerana ianya bukan sahaja "alah membeli menang memakai" tetapi juga mampu memberikan kelainan, ekslusif dan anggun kepada ruang tamu rumah anda berbanding ruang tamu rumah rumah yang lain.

Lawati galleri kami di Ara Damansara sekarang atau hubungi kami di nombor yang tertera di bawah.


ROYALE CHESTERFIELD
F-G-43, BLOK F, JALAN PJU1A/3
TAIPAN 2 ARA DAMANSARA
47301 PETALING JAYA.


TEL : 0123400855