PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com

PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com
We have a new website. Please click to this image and it will direct you to our website.

Sunday, February 21, 2016

SOFA CHESTERFIELD …. BUKAN SEKADAR KERUSI BIASA

CHESTERFIELD …. BUKAN SEKADAR KERUSI BIASA


Bagi yang rajin membaca, mencari dan mengkaji, mereka akan menjumpai banyak pendapat berkenaan asal usul perkataan “CHESTERFIELD”. Namun, menurut Kamus English Oxford, penggunaan perkataan CHESTERFIELD telah mula digunakan di England pada sekitar kurun ke 18 yang merujuk kepada KERUSI KULIT…!

Mengikut sejarahnya, kerusi kulit CHESTERFIELD diperkenalkan oleh Lord Philip Stanhope, Earl of Chesterfield ke-4 (1694 – 1773). Kerusi CHESTERFIELD ketika itu dikenali dengan karakternya yang diperbuat dari kulit asli, berbutang pada permukaannya dan mempunyai rekabentuk yang rendah.

Lord Philip Stanhope, Earl of Chesterfield ke-4 (1694 – 1773)

Kerusi kulit pelbagai rekabentuk banyak digunakan oleh golongan bangsawan ketika itu tetapi Lord Philip Stanhope lah yang mempopularkan kerusi CHESTERFIELD. Beliau telah mengarahkan para tukang pembuat kerusi yang berkemahiran untuk menghasilkan sebuah kerusi tempat duduk yang membolehkan seseorang duduk secara menegak dan selesa tetapi tidak sehingga mengkedutkan atau merosakkan kekemasan pakaian yang dipakai orang tersebut. Inilah antara sebab yang dipercayai menjadi tujuan utama bagaimana dan kenapa kerusi CHESTERFIELD dihasilkan. 

Selain sebab sebab di atas, kerusi CHESTERFIELD dikemaskan lagi rekabentuk dan karekternya menjadi lebih ekslusif dengan kesan butang-butang yang dijahit terus ke rangka kayu, menampakkan hasil kerja yang sangat teliti dan tinggi mutunya. Kerusi CHESTERFIELD, mempunyai tempat rehat lengan samada yang berbentuk bulat dan rapi. Rata rata kerusi rekabentuk CHESTERFIELD mempunyai ketinggian yang sama di antara tempat sandar belakang dan letak lengan, menjadikan karekter kerusi tersebut lebih teserlah. Kerusi CHESTERFIELD diperkemaskan lagi rekabentuknya dengan paku-paku tembaga dibahagian depan dan belakang kerusi bagi menambahkan keekslusifan dan elegan gayanya.



Sebagai pencipta dan trendsetter kerusi CHESTERFIELD, Lord Philip Stanhope sangat mementingkan rekabentuk kerusi CHESTERFIELD. Sehubungan dengan itu beliau bukan sahaj mahukan kerusi CHESTERFIELD yang selesa dan menarik rekabentuknya tetapi juga mampu menonjolkan imej kesopanan, keberadaban dan moral yang baik kepada setiap orang yang duduk dikerusi tersebut. Diceritakan oleh pembantu rumah (butler) Lord Philip Stanhope, ketika beliau sedang sakit dan sebelum meninggal dunia pada 24 Mac 1773, beliau telah diziarahi oleh sahabatnya, seorang diplomat Inggeris muda bernama Mr Dayrolles. Walaupun dalam keadaan yang lemah, Lord Philip Stanhope telah menjemput sahabatnya itu untuk duduk berbual dengannya seraya menyuruh pembantunya mengambilkan kerusi untuk Mr Dayrolles. Pembantunya mengambil sebuah kerusi biasa namun Lord Philip Stanhope telah meminta supaya Mr Dayrolles diberikan kerusi CHESTERFIELD. Mereka berbual sehingga Lord Philip Stanhope menghembuskan nafasnya yg terakhir.



 Mr Dayrolles, beberapa ketika selepas kematian  Lord Philip Stanhope,  telah meminta kepada waris Lord Philip Stanhope untuk memiliki kerusi Chesterfield yang pernah didudukinya. Setelah bersusah payah beliau membawa pulang kerusi CHESTERFIELD tersebut ke rumah, Mr Dayrolles banyak menghabiskan masa beliau dengan meneliti karekter kerusi CHESTERFIELD. Bermula dari situ lah Mr Dayrolles mula menghasilkan beberapa kerusi CHESTERFIELD yang lain sehingga diterima dan menjadi tatahias utama di kelab pali ekslusif di kalangan bangsawan Ingeris iaitu  Gentlemen’s Club of London. Selepas dari itu, maka banyaklah kerusi berbutang yang lain termasuklah ottoman, kerusi rehat, rocking chair turut mengikut karekter CHESTERFIELD yang asal.

Kerusi CHESTERFIELD kemudiannya semakin dikenali sebagai sebuah kerusi yang mempunyai elemen gaya British atau Inggeris. Karekter kerusi CHESTERFIELD yang menonjolkan imej “gentleman” banyak mempengaruhi tatahias kelab ekslusive dan cigar club.  Bukan setakat itu sahaja, kerusi CHESTERFIELD kemudiannya banyak menghiasi ruang tamu terutama di istana-istana raja dan pembesar negeri sesuai dengan gayanya yang elegan dan classy.




Kini, kerusi CHESTERFIELD semakin dikenali dan mula mengambil tempat di rumah rumah agam dan premis banggunan. Karekternya yang sungguh istimewa disamping mengekalkan gaya yang tersendiri membuatkan kerusi CHESTERFIELD sentiasa dalam klassnya yang tiada tolok tandingan zaman berzaman. Apa sahaja reka bentuk kerusi dan tatahias yang akan datang, sudah pasti kerusi CHESTERFIELD akan tetap menjadi pilihan tidak kira waktu dan konsepnya kerana ianya sememangnya istimewa dan sentiasa menjadi impian ramai untuk memenuhi ruang tamu mereka.

ROYALE CHESTERFIELD
0123400855