PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com

PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com
We have a new website. Please click to this image and it will direct you to our website.

Friday, March 18, 2016

3 TIPS MEMILIH SOFA YG BERSESUAIAN DENGAN RUANG TAMU


Pemilihan sofa untuk sesebuah ruang tamu adalah sangat penting bagi memastikan konsep hiasan dalaman, penggunaan ruang dan suasana ruang tamu lebih selesa dan kelihatan menarik. Tambahan pula ruang tamu merupakan tempat utama sebagai "penyambut tetamu" dan tempat berkumpul ahli keluarga seharusnya ia ruang yang paling disukai oleh semua orang.

Kerana itu pemilihan sofa adalah sangat penting untuk sesebuah ruang tamu di dalam rumah. ROYALE CHESTERFIELD iningin berkongsi 3 tips untuk penataan sofa di ruang tamu kediaman anda.



1. Kombinasi Sofa & Kerusi
Kombinasi sofa dan kerusi dari pelbagai bentuk dan material dapat mewujudkan tata hias menarik. Ia bukan sahaja memberikan kepelbagaian di dalam seni tata hiasan dalaman sesebuah ruang tamu tapi dapat memberikan kelainan yang sangat ketara supaya ruang tamu kelihatan lebih anggun dan bergaya.

Di ROYALE CHESTERFIELD, kami menawarkan sofa rekabentuk CHESTERFIELD dan sofa LOUISE XI gaya France untuk digandingkan bersama kerusi kerusi klasik. Ruang tamu akan kelihatan lebih kemas, ekslusif dan bergaya dengan adanya sofa dan kerusi jenis ini.



2. Rekabentuk & Saiz Sofa
Rekabentuk sofa memainkan peranan penting di dalam mempengaruhi saiz ruang tamu sesebuah kediaman. Saiz sofa yang besar akan menjadikan ruang tamu lebih kelihatan sempit dan sarat sehingga menyukarkan pergerakkan. Saiz sofa yang kecil kebanyakkan pula tidak mampu memberikan keselesaan kepada si pemakainya. 

Sofa-sofa dan kerusi di ROYALE CHESTERFIELD mempunyai lebih dari 30 designs dan saiz yang berlainan untuk disesuaikan dengan keluasan ruang tamu kediaman. Pelanggan boleh memilih samada saiz kecil, sederhana ataupun besar untuk ruang tamu kediaman bersesuaian dengan ruang yang mereka ada. Sofa ROYALE CHESTERFIELD juga boleh digandingkan dengan kerusi kerusi Wing Chair kami untuk menampilkan sudut sudut di ruang tamu supaya kelihatan lebih cantik dan bergaya.



3. Pemilihan Dimensi
Kebanyakkan sofa di jual dengan kombinasi 3+2+1 sehinggakan hampir kesemua ruang tamu kediaman kelihatan sama (stereotype). Ia bukan saja meneggelamkan keindahan sesebuah ruang tamu tapi juga membuat susana ruang tamu kelihatan bosan dan tidak menarik.



Pelanggan pelanggan di ROYALE CHESTERFIELD boleh memilih kombinasi sofa dan kerusi mengikut kemahuan mereka dan bersesuaian dengan ruang tamu kediaman. Pelanggan kami boleh memilih untuk memiliki kombinasi 3+1+1 atau 2+1 atau 1+1+1+1 atau apa sahaja yg dirasakan bersesuaian dengan ruang tamu kediaman. 

Ini kerana, kami adalah pengilang sofa dan kerusi kami dan pelanggan kami boleh memilih terus pilihan dimensi kesukaan mereka.

Hubungi kami sekarang atau lawati galleri kami di Ara Damansara untuk memilih sofa dan kerusi untuk ruang tamu kediaman anda. Pastinya Hari Raya tahun ini ada kelainan dari tahun tahun yang lepas.

ROYALE CHESTERFIELD
Ara Damansara
+60123400855