PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com

PLEASE VISIT OUR NEW WEBSITE - www.royalechesterfield.com
We have a new website. Please click to this image and it will direct you to our website.

Saturday, November 7, 2015

4 Tips Memilih Sofa Berkualiti Tinggi


Sofa ruang tamu adalah antara perabot utama dan sangat penting di dalam sesebuah rumah terutama di ruang tamu. Bersesuaian dengan tempat letaknya diruang tamu, sofa bukan sahaja menjadi tempat duduk semata mata tetapi merupakan antara daya penarik dan keindahan susunatur sesebuah rumah terutama kepada pemilik rumah dan juga tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Ruang tamu yang cantik dan tersusun lagi selesa banyak dipengaruhi oleh pemilihan sofa yang bersesuaian terutama dari segi rekabentuk, material, kualiti dan keselesaannya.



Jika anda sedang merancang untuk memiliki set sofa untuk ruang tamu anda samada untuk kediaman baru ataupun untuk menukar sofa sedia ada yang telah usang,kami ingin berkongsi beberapa tips memilih kursi sofa yang berkualiti agar anda dapat mendapatkan sofa yang benar-benar sesuai dengan kehendak, citarasa dan konsep hiasan dalaman rumah anda.



4 Tips memilih sofa berkualiti tinggi

1. Struktur / Frame
Pertama, ketika anda melawat galleri perabut, lihat, rasa dan cuba duduk di sofa yang anda ingin miliki. Sofa yang berkualiti mempunyai struktur atau frame yang solid, padat dan kukuh. Keadaan sofa tidak bergoyang bila diduduk, Rangka sofa yang berkualiti sering diperbuat dari material kayu yang baik antaranya Kayu Meranti, Kayu Balau atau dari jenis kayu keras. Rangka kayu yang berkualiti dan tahan lama juga sering disembur dengan ubat tahan penyakit dan pencegah anai anai. Kesemua sofa di CHESTERFIELD ARA DAMANSARA menggunakan kayu Meranti sebagai rangka dan dilengkapi dengan ubat pencegah anai anai bagi memastikan ketahanannya.

2. Bahan Foam 
Foam atau span merupakan material yang penting di dalam memastikan keselesaan sesebuah sofa. Sofa berkualiti tinggi seperti di CHESTERFIELD ARA DAMANSARA menggunakan foam berdensiti tinggi atau High Density Foam. Foam berdensiti tinggi lebih tahan lama, lebih kenyal dan tidak mudah penyek bila sering diduduki. Kebanyakkan sofa berkualiti rendah menggunakan span kerana kosnya yang lebih murah, tetapi untuk jangka masa yang panjang, span akan mengecut dan tidak anjal. Apabila span menjadi tidak anjal, sofa akan kehilangan bentuknya, kekemasan akan berkedut dan sofa tidak lagi selesa untuk diduduki.


3. Straps / Springs
Hampir kesemua sofa menggunakan straps atau tali penegang terutama di antara rangka kayu untuk menampung kusyen sofa. Perbezaan di antara sofa berkualiti tinggi dan rendah juga banyak bergantung kepada jenis dan kualiti straps, jumlah straps yang di pasang serta kaedah straps di pasang pada sesebuah sofa. Straps yang baik diperbuat dari straps berkualiti, tidak mudah koyak, mempunyai kekenyalan dan mampu menampung beban orang yang menduduki sofa tersebut. Jumlah straps juga mempengaruhi struktur sofa di mana straps yang kurang kerana pengeluar ingin menjimatkan kos akan mengakibatkan sesebuah sofa mudah tengelam dan tidak selesa untuk diduduki. 

Kesemua sofa CHESTERFIELD ARA DAMANSARA memiliki straps berkualiti tinggi yang dipasang dengan kaedah terbaik bagi menghasilkan keselesaan dan kekemasan yang terbaik. Begitu juga Wing Chair CHESTERFIELD memiliki springs di bawah kusyennya bagi memastikan keselesaan yang berpanjangan.



4. Material Cover
Ciri terakhir di dalam menentukan kualiti sesebuah sofa adalah material yang digunakan untuk melitupi sofa. Terdapat beberapa jenis material yang sering digunakan antaranya fabrik, PU dan juga kulit. para penlanggan seharusnya tahu jenis material yang hendak digunakan. Sebagai contoh, terdapat banyak jenis kulit yang digunakan untuk melitupi sesebuah sofa, kulit yang terbaik adalah kulit asli berbanding kulit Casa mahupun kulit process.





Hubungi kami sekarang - CHESTERFIELD ARA DAMANSARA atau lawati showroom kami untuk melihat sendiri sofa sofa kami,

CHESTERFIELD ARA DAMANSARA
0123400855
f-G-43, Block F
Jalan PJU 1a/3 Taipan 2 Ara Damansara
47301 Petaling Jaya